Search This Blog

Monday 12 January 2015

Mejar TUDM dibuang kerja (Source: Harian Metro - Malaysia)

Posted: 12 January 2015 @ 3:33 PM
Oleh Nor Azura Abdul Jalil 

MEJAR Zaidi Ahmad keluar dari perkarangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Tentera, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi. FOTO Aizuddin Saad 
Kuala Lumpur: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang Dipertuan Agong oleh Mahkamah Tentera di sini atas dua tuduhan berhubung isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan menyiarkan maklumat mengenai surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Keputusan itu diputuskan lima panel diketuai Yang Dipertua Mahkamah Tentera Kolonel Saadon Hasnan selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap pertuduhan itu.
Zaidi didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan.
Panel lain termasuk Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S Nadzeer Sallehuddin.
Terdahulu dalam penghakimannya, Saadon berkata, mahkamah secara keseluruhan telah menilai keterangan kedua-dua pihak dan mengambil penilaian maksimum.
Oleh itu mahkamah mendapati dengan hanya mendiamkan diri sudah cukup mensabitkan tertuduh terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Source: http://www.hmetro.com.my/node/23349
Harian Metro - Malaysia

No comments:

Post a Comment